Monday, December 9, 2013

Memulakan Bisnes Pertama Anda
Saya tanya kakak saya, "Bila nak buat bisnes, Danial boleh tolong sikit bab bisnes."

Namun, jawapannya agak menghampakan. Memang saya akui buat bisnes bermain dengan risiko. Tetapi, adakah risikonya terlalu besar sehinggakan boleh membawa maut?

Sudah tentu tidak.

Niat saya ikhlas nak bantu keluarga saya buat bisnes. Bisnes apa-apa sekalipun saya tidak kisah, asalkan halal dan patuh syariah.

Alhamdulillah, walaupun saya masih lagi kucar-kacir dalam bisnes yang baru buat masa bulan 6 lepas, saya masih lagi boleh cari duit sendiri.

Duit yang saya dapat itu digunakan untuk membeli lebih banyak ilmu. Belajar, belajar dan terus belajar. Lagi banyak saya belajar, sebenarnya lagi banyak yang saya tidak tahu.

Jadi, saya nak terangkan kepada anda konsep bisnes yang sangat mudah faham. Sudah bersedia?

Baca lagi...

Definisi Bisnes

Bisnes = Jual + Beli.

Jual (Nilai) + Beli (Nilai).

Dalam erti kata lain, bisnes ialah tukaran sesuatu manfaat kepada sesuatu manfaat.

Boleh dapat? Andai kurang faham, kena betul-betul faham dahulu supaya kita tidak mudah tertipu dengan pelbagai bisnes yang kononnya dikatakan bermanfaat.

Maka, kita pergi ke bahagian yang seterusnya...

Nak Buat Bisnes Apa?

Jangan tanya soalan itu, tetapi tanya soalan di bawah nescaya kita dapat faham nak buat bisnes apa:

"Nak jual apa?"

Jadi anda tanya saya, "Nak jual apa Danial?"

Macam-macam boleh kita jual:

  • Ilmu
  • Produk
  • Pengalaman
  • Servis
  • Dan banyak, banyak lagi...

Ada di antara kita apabila sebut perkataan jual mulalah cemas tidak tentu arah. Sedangkan dalam bisnes kita tidak digalakkan menjual tetapi sangat-sangat digalakkan untuk MEMBANTU menyelesaikan masalah klien.

Kita menjual sesuatu manfaat untuk menyelesaikan masalah klien. Itulah tujuan utama kita melakukan bisnes. Jika melakukan bisnes mahu membuat wang yang banyak, kita tidak dapat apa yang kita kejar.

Terima kasih kepada Tuan Syed Mohd Faiz atas ilmu ini: Apa yang kita kejar, ia akan lari.

Andai niat kita buat bisnes murni, nescaya kita dapat apa yang kita kejar. Mula-mula saya tidak percaya perkara ini, tetapi bila saya fikir balik, memang tepat apa yang beliau katakan.

Masa saya buat bisnes edit blog mula-mula dahulu, niat saya ialah nak buat duit, tetapi saya tidak pernah dapat tempahan edit blog.

Selepas itu, bila saya tahu tentang perkara ini, saya ubah niat saya. Saya buat bisnes sebab nak membantu selesaikan masalah orang lain.

Tidak lama selepas itu, ada sahaja orang tempah. Pelik tetapi benar.

Alkisah Bagaimana Linda Menjana $1,000.00 Pertama

Linda dibimbing melalui telefon oleh Robert G. Allen bagaimana nak buat duit dengan kemahiran melukisnya. Robert kata kepada Linda, "Saya nak awak jana $1,000.00 pertama dalam masa 24 jam."

Tetapi bagaimana? Caranya, Robert menyuruh Linda kumpul semua kenalan Linda iaitu keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan semua kenalan yang Linda kenal.

Seterusnya Linda disuruh, hantar 150 emel kepada kenalan Linda untuk membuat kelas mengajar seni menulis dengan harga $1,000.00. Dalam emel itu Linda tunjuk hasil kerjanya yang dia seorang pelukis berkemahiran.

Masa mula-mula Linda dengar tentang perkara ini, memang ragu-ragu nak buat apa yang disuruh serta tidak yakin kepada diri sendiri yang dia boleh ke mengajar orang lain mengenai seni melukis. Tetapi, Robert menyakinkan Linda yang dia boleh buat.

Tanpa melengahkan masa lagi, terus hantar emel kepada 150 orang dan tidak sampai beberapa jam ada seorang yang berminat dengan tawaran Linda.

Saya dengar cerita itu pun sudah membuatkan saya tergamam. Punyalah senang nak buat bisnes. Senang nak buat bisnes andai kita tahu caranya.

Jadi, pengajaran daripada kisah Linda ialah: Kita perlu kumpul dan ada klien terlebih dahulu (Database).

Bisnes Memerlukan Klien

Kenapalah saya suka sangat guna perkataan klien, bukannya pelanggan? Oleh kerana saya mengamalkan prinsip Strategy of Preeminence.

Pelanggan dan klien sangat jauh beza maksudnya.

Mengikut mazhab Strategy of Preeminence, maksud pelanggan dan klien ialah:

Pelanggan = Seseorang yang membeli komoditi atau perkhidmatan.

Pelanggan = Sesiapa yang di bawah perlindungan yang lain.

Maksud 'di bawah perlidungan yang lain' ialah kita sebagai pemilik bisnes merupakan seorang penasihat yang kredibel (boleh dipercayai), berilmu dan terhormat di mata klien.

Andai kita fikir pembeli kita seorang pelanggan, mungkin ia akan melakukan aktiviti bisnes dengan kita sekali sahaja untuk seumur hidup.

Tetapi, apabila kita berfikir pelanggan kita seorang klien, nescaya ia akan melakukan aktiviti bisnes dengan kita berkali-kali.

Plan Tindakan

1. Kumpul semua kenalan yang anda ada. Nombor telefon, rakan di facebook, emel, follower twitter dan simpan semua maklumat dalam satu tempat khas. Saya syor simpan kenalan (database) anda di dalam Excel. Nama, nombor telefon dan emel sangat penting.

2. Hantar emel dan mesej kepada database anda yang anda ada melakukan bisnes. Bisnes apa? Itu terpulang kepada anda nak buat bisnes apa. Saya bantu klien saya menyelesaikan masalah edit blog. Anda pula bagaimana?

3. Cari mentor bisnes dan belajar besarkan bisnes sehingga anda boleh cari pengurus untuk menguruskan bisnes anda.

Akhir sekali, nikmatilah kebebasan hidup di dunia ini. (^_^)

Sekiranya anda masih lagi belum memulakan bisnes, tinggalkan alasan anda di ruang komen. Saya sedia membantu anda memulakan bisnes pertama anda.

Saturday, December 7, 2013


Buat duit dengan Ashadee dan jana RM100 Pertama!
Hari demi hari ekonomi negara kita kurang stabil, tetapi ia tidak bermakna kita tidak boleh jana pendapatan melalui internet.

Jadi, bagaimana nak jana buat duit dengan Ashadee?

Sebelum kita pergi lebih jauh lagi, izinkan saya terangkan apa itu Ashadee supaya anda tidak keliru dengannya.

Apa Itu Ashadee?


Ashadee = Program Affiliate.

Apa pula program affiliate?

Program affiliate dalam bahasa yang mudahnya kita mendapat komisen apabila ada orang beli produk digital yang kita promosikan.

Produk digital ialah eBook, video, software dan yang sewaktu dengannya.

Kebiasannya, kita mendapat 50% komisen daripada harga asal produk yang kita jual. Andai harga asal produk digital itu ialah RM100, maka kita dapat RM50 apabila ada orang beli produk digital itu atas nama kita.

Faham ke faham?

Bagaimana Daftar Ashadee


1. Pergi ke Ashadee.com.

2. Klik Signup Free Now.

3. Isi segala maklumat di dalam kita yang disediakan.

4. Klik Signup Now.

5. Sahkan pendaftaran anda di dalam emel.

6. Dan siap!

Bagaimana untuk Buat Duit Dengan Ashadee


Sekarang kita sudah ada akaun ashadee sendiri maka mudah untuk kita promosikan produk yang ada di dalamnya.

1. Pergi ke Marketplace.

2. Pilih mana-mana produk mempunyai like yang tinggi (200 like ke atas).

3. Like produk tersebut dan post di Facebook.

Apabila ada rakan-rakan anda beli produk yang anda promosikan itu, maka dapatkan komisennya.

Mudah bukan?

Tetapi, bagaimana pula nak promisikan melalui blog?

Anda boleh ambil banner yang diberikan dan tampal di dalam blog.

Susah Sangat Caranya?

Tidak mengapa. Ada jalan yang lebih mudah lagi untuk buat duit dengan affiliate.

Anda boleh pergi ke: http://j.mp/fbimcomepantas

Dan belajar dengannya. Selepas itu, berusaha dengan bijak. Lantas anda dapat jana RM100 sehari dengan mudah lagi konsisten.

Tidak percaya? Klink link ini: Buat duit dengan FB Affiliate.